SLAMAT DATANG

MAHA AGUNG

MAHA AGUNG

Jumaat, 25 Disember 2009

Bolehkah seseorang di hantar ke NERAKA...

Sahih Muslim jld.1 buku 1 no.284 ms.91 mengatakan bahawa orang Kristian dan Yahudi yang mendengar tentang Muhammad tetapi tidak memeluk Islam akan masuk neraka

"…Lalu orang Yahudi dikerahkan berkumpul dan mereka ditanya: Apakah yang kamu sembah? Mereka berkata: Kami sembah Uzair (Yehezkiel), anak Allah. Lalu mereka ditempelak:

Kamu menipu; Allah tidak mempunyai pasangan atau Anak! Apa yang kamu mahukan? Mereka akan berkata: Kami berasa haus, wahai Tuhan kami! Hilangkanlah dahaga kami. Mereka ditunjukkan (ke suatu arah) dan ditanya: Mengapakah kamu tidak ke sana untuk mendapatkan air minuman? Kemudian mereka akan ditolak ke arah Api (lalu dengan penuh kekecewaan mereka mendapati) bahawa itu hanyalah fanta morgana (dan api yang semakin marak) akan membakar satu sama lain dan mereka jatuh ke dalam Api.

Kemudian orang Kristian dikerahkan berkumpul dan mereka ditanya: Apakah yang kamu sembah? Mereka berkata: Kami sembah Isa al-Masih, Putera Allah. Lalu mereka ditempelak:

Kamu menipu; Allah tidak mempunyai pasangan dan tiada beranak. Lalu ditanya kepada mereka: Apa yang kamu mahukan? Mereka akan berkata: Kami berasa haus, wahai Tuhan kami! Hilangkanlah dahaga kami. Mereka ditunjukkan (ke suatu arah) dan ditanya: Mengapakah kamu tidak ke sana untuk mendapatkan air minuman? Tetapi mereka akan ditolak dan dikumpulkan ke arah Neraka, yang tampak seperti fatamorgana kepada mereka, dan api itu akan membakar satu sama lain. Mereka akan jatuh ke dalam Api sehingga tiada seorang pun yang tinggal kecuali yang menyembah Allah, sama ada yang warak atau berdosa …."

(Kemudian Allah muncul di hadapan orang Islam baik yang beriman mahupun yang munafik dalam bentuk yang palsu untuk mendedahkan mereka yang munafik. Kemudian Allah wujud dalam bentuk-Nya yang sejati [entah apalah bentuk itu). Sahih Muslim jld.1 buku 1 no.352 ms.117

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright 2009 ELBUM